RSS

Admit to ward lagi - Demam semasa berpantang

Selasa,6/10/2009 :
Hari 22 berpantang
Admit to ward lagi... Kali ni saya yang kena masuk wad. Bukan Husna. Saya demam dah 3 hari. Makan ubat kebah kejap. Pastu demam balik bila kesan ubat dah abis.
Dalam kepala ni bukan pikir sakit..terpikir sian nyer Haziq dan Husna nak kena tinggal. Tambah-tambah la Husna belum pun sebulan umur dia, dah kena berjauhan dengan ummi. Masa kat klinik saya tanya doktor.
"Takder masalahkan doktor kalau saya bawa baby masuk wad sekali?"
"Dia breastfeed, sian kat dia doktor".

Doktor berpandangan sesama sendiri, masing-masing berbincang. At last doktor kata boleh. Sebab demam saya( demam denggi) tak berjangkit kat baby melalui breastfeeding. Tapi kurang sesuai la baby tinggal kat hospital. So doktor suruh cari la formula milk bagi kat Husna. frust !!!! Tak per la, kali ni anak yang terpaksa berkorban untuk ibu. Saya mengalah dalam berat hati. Berat hati nak tinggal Husna pada mak. Berat hati nak beri dia FM.

"Ok, jom kita masuk drip" ..Doktor ajak cucuk tiub drip pada tangan. Dalam pada tu, saya dah rasa lain macam je badan ni. Panas semacam. 3 kali try doktor tak berjaya nak masukkan jarum drip tu sebab saya keraskan badan. Akibat sakit sangat saya sampai nak termuntah. Tapi nasib baik tak muntah kat situ. Nurse siap standby tong untuk muntah.Tak jadi la plak muntah. Lepas dah berjaya masuk drip..husband saya beri Husna pada untuk menyusu. Maklum la kejap lagi ummi dah kena ke wad naik ambulan. Husna plak kena balik dengan ayah. Dalam masa beberapa minit tu , suhu badan saya naik mendadak. Badan mula mengigil. Husna dalam pegangan dah nak jatuh. Dari jauh saya nampak nurse, saya terus gamit dia untuk tolong sambut Husna. Nasib baik sempat. Kalau tak dah naya anak ummi jatuh bawah. Memang dah tak berdaya time tu.

Lepas tu, abang ambil Husna dan bawa balik. Saya pulak terus dikejarkan ke hospital Jempol naik ambulans. Ni kali ke 2 rasanya naik ambulans. Lama juga saya dirawat dekat emergency di hospital. Rasanya dari pukul 2 sampai pukul 7. Hospital ni memang terkenal dengan kelembapan servis nya. Tak per la, janji saya selamat. Pukul 7 baru masuk wad, masa kat wad keadaan saya dah agak stabil so cepat-cepat capai telefon nak tanya khabar Husna. Abang dah beli susu anmum essential untuk beri pada Husna. Abang kata, Husna mahu minum tapi lepas minum masih merengek macam tak puas padahal dah banyak dia minum. Jadi abang ambil keputusan hantar Husna pada saya. Seronoknya dapat juga Husna tinggal dengan ummi. Walaupun sebenarnya ummi risau juga, takut terjangkit pulak demam ummi kat Husna.

Pindah wad

Disebabkan Husna nak join ummi kat hospital, so saya kena la pindah wad..tak boleh la dok kat wad general kat tingkat 3. Tukar la ke wad O&G kat tingkat 2. Wad ni memang untuk baby, ibu lepas bersalin dan kanak-kanak. Alang-alang dah tukar wad...uniform hospital pun kena la tukar jugak. Kat general ward, pakai baju hijau. Kat O&G ward kena la pakai baju warna pink.
Dalam pukul 9 lebih cam tu, abang dan mak datang hantar Husna. Ummi seronok tak terkata. Walaupun sakit, ummi tetap nak breastfeed Husna. Nak jaga Husna. Macam tu rupanya kasihnya ibu...

Kat wad
Rutin hariannya macam biasa la, masuk drip berbotol-botol, amik tekanan darah then kena amik darah 3 kali sehari. Itu nasib, kalau doktor nak lagi kena la amik darah. Sampai dah kebal pembuluh darah saya. Dah tak sakit dah masa ambil darah. Tapi drip, saya kalah. Masuk hari kedua tangan dah bengkak2. Sakit. Bukan bengkak sebab kembung air. Tapi sebab banyak bergerak. Jarum drip cucuk pada otot tangan, lama kelamaan otot bengkak. Macam mana tak gerak banyak..maklum la saya kan tinggal kat hospital dengan baby. Tahu je la baby, kejap nak angkat, kejap nak susu, kejap nak tukar pampers. Tambah pulak saya asyik ulang alik toilet je. Tak tahan nak sheeeee....

Bagusnya dok kat wad ni, makan terjaga then dapat banyak berehat. So saya cepat gak la sembuh dari luka bersalin dan demam. Lama gak dok kat wad ni. 5 hari. Hari Ahad baru boleh balik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

shima said...

Keluar wad dah 27 hari berpantang

Post a Comment