RSS

Day 1 - Normal atau C-Sect ?

Soalan ni adalah soalan biasa yang keluar dari mulut saya atau geng-geng seangkatan semasa menunggu nak bersalin baby kedua masa 13hb September hari tu. Saya dah merasa macam mana bersalin c-sect...dan jawapannya saya masih mengharap untuk c-sect untuk kali kedua ni. Kenapa? ramai yang tak setuju dan ramai yang lebih minat bersalin normal. Alasannya macam-macam. Tapi bagi saya, saya prefer c-sect sebab tak tahan sakit bersalin normal aka contraction. Saya ni jenis nyer kalau nak bersalin masyaallah lamanya Tuhan je yang tahu...so sakitnya memang la sakit..tapi di sebabkan terlalu lama saya tak tertanggung sakitnya.

Nak dijadikan cerita, subuh 13hb tu saya dah mula sakit(contraction) sebenarnya..tapi control 'macho' sebab nak juga berpuasa. Sayang beb puasa nanti lepas raya banyak plak kena ganti. Last-last sampai pukul 1 tengah hari dah tak mampu nak sorok muka yang berkerut-kerut sakit bila contraction datang. Saya set time contraction datang average 5 minit sekali. Memang sah dah nak bersalin tapi berdasarkan pengalaman bersalin baby pertama, saya tahu saya lambat lagi nak melahirkan tapi atas desakan mak mentua(4 orang) dan kakak ipar(3 orang) yang lebih banyak bersalin dari saya jadi saya mengalah untuk pergi ke hospital. Sebelum tu, saya buka puasa dulu sebab ada doktor kata nanti tak larat nak meneran. so rugi la 1 hari puasa. tak per la, dah doktor suruh.

Dalam perjalanan ke hospital, saya dan husband sempat singgah kat rumah ambil barang, mandi then gi jalan-jalan kat pekan Kuala Pilah. Saya punya idea la tu, alasannya saya mmg lambat lagi nak melahirkan.( Kalau la mak abang tahu, habis aku ni...)Lepas hubby buka puasa baru la kami gerak untuk ke hospital...sampai kat hospital saya ajak husband solat maghrib dulu. Lepas tu baru la kami sibuk cari dewan bersalin.

Kat dewan bersalin...

Lepas daftar dan check yang ringan-ringan...doktor pun check bukaan baru 1 cm..kan betul aku kata..mmg lambat betul. Sakit dari subuh tadi...baru 1 cm tu je aku boleh cakap pada husband..aku mmg dah agak dah.
Pukul 9 malam aku masuk ke wad dan husband pun balik sebab esok dia nak pergi kerja katanya. Aku merelakan, tunggu pun nak buat apa.bukan boleh masuk dok dalam wad pun.

Dalam wad...
Ada 5 orang termasuk saya.
2 dah bersalin..normal
1 dah terover due..tak sakit langsung
1 tgh tertungging2 sakit
1 lagi sakit tapi rilek je...saper lagi...saya la...

Malam ni kami borak-borak(except yang tgh tertungging2 tu)...sampai la kul 3 pagi semua buat hal masing-masing. Akak yang sakit sangat tu pukul 1 pagi masuk labour room. Kul 3 pagi dia dah balik dengan babynyer ke wad semula...Saya macam mana??? Masih rileks menahan sakit.

Sambung esok...malam ni saya tido dalam kesakitan yang datang 5 minit sekali...bila sakit bangun..dah tak sakit tido balik sampai la ke pagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment