RSS

Crochets & Needlecraft Shop Launch

Crochets & Needlecraft Online  Shop saya dah launch. Jom la singgah tengok Bootees dan Hat yang comel untuk baby.
Buat masa ni saya cuma jual Bootees dan Hat dulu. Krocet sweater akan diberitahu kemudian.
Jom singgah di http://krochetshop.blogspot.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dah bukan rezeki

Lamanya tak buat pos..hari ni ada masa sikit terluang lepas siapkan keje rumah dan anak-anak dan ayahnya tido.

Dah bukan rezeki saya. Masa sibuk mengemas saya terjumpa borang jawatan kosong Guru Sandaran Terlatih SABK. Hari tu masa husband bawa balik borang tu saya tengah sarat mengandung.Memang tak berminat langsung nak pergi bekerja lagipun baru je berenti keje GSTT kat SMK Palong Sebelas. Tapi hari ni bila tengok borang tu menyesal tak sudah. Kenapa la aku tak isi? Kenapa la baru hari ni aku baru jumpa borang tu? Kenapa la tak jumpa borang tu sebelum 11 September(tarikh tutup iklan). Orang berebut-rebut mohon jawatan tu. Saya buat don't no je. Maklum la tengah sarat sangat waktu tu.
Kena tunggu iklan keluar lagi..hujung tahun 2010 baru la ada. Itu pun nasib la kalau ada kekosongan lagi kat SABK. Nak sedapkan hati...berbisik sendiri 'Dah bukan rezeki aku', "tentu ada hikmahnya". Tapi rasa macam nak apply gak. Huhu...

Kenapa ramai nak mohon Jawatan SABK ni? Ni antara sebabnya :

  1. Gaji mengancam tapi opis hournya half day je. Tapi ingat,keje cikgu tak pernah abis.
  • 1T3 : RM1720.90 bagi Ijazah SArjana Muda Am
  • P1T5 : RM1901.80 bagi Ijazah SArjana Muda Kepujian
  • Elaun Khidmat Awam - RM300.00
  • Bantuan Sara Hidup (COLA) - Mengikut Kelayakan@Tempat - Saya dapat RM 100
  • ITP (Imbuhan Tetap Perumahan) - Hanya akan di bayar setelah selesai Induksi & BTN@dapat surat lanitkan
  1. Akan diserap ke jawatan tetap setelah tamat latihan (kerja kerajaan tu...).
  2. Kena ke Maktab hanya pada musim cuti sekolah. Bukan macam KPLI dan DPLI kena dok kat sana fulltime (my husband lepasan DPLI).
  3. Hari biasa, mengajar di sekolah macam guru-guru biasa. Mean U ada keje la nak buat. Then hujung bulan dapat gaji macam cikgu-cikgu lain.
  4. Apa lagi ek...yang tersenarai kat atas ni pun dah bertuah kalau dapat...Alhamdulillah.
Nak dikatakan bukan rezeki saya lagi..Saya pernah 2 kali dipanggil interview DPLI. Sekali dah dipanggil masuk UPSI intake ke 2 Januari 2008. Tapi waktu tu sarat mengandung Haziq. 4 hari lepas hari pendaftaran saya bersalin. Puas merayu. Permohonan saya di tolak untuk tangguh pengajian. Kali kedua,isi lagi DPLI. Tapi terlepas exam. Kali ke -3, tahun 2009 nak isi DPLI...dah ter'pregnant' lagi. Jadi 3 kali terlepas. Masuk yang ni..dah kali ke 4 la melepas peluang nak jadi cikgu.

Tapi saya dah diberi kesempatan oleh Allah untuk merasa pengalaman jadi cikgu GSTT selama 6 bulan kat SMKPSe. Berenti sebab nak bersalin. Ni beberapa gambar kenangan masa kat SMKPse. Layan.....





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua 8P untuk suami isteri

Dah asam garam rumah tangga kekadang bertegang leher juga kita ni suami isteri. Bak kata P Ramlee...sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri (nyanyi sikit...)
Di sini saya tempekkan petua 8P untuk eratkan hubungan suami isteri dari Ustazah Siti Nor Bahiyah.

Puji
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

(Gambar dari google..bukan saya ye....)
Peluk

Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

Penghargaan
amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

Perhatian
P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan

Persefahaman
Suami isteri mesti ada persefahaman..

Pergaulan
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

Percutian
kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

Permohonan
Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri

  1. Membaca surah Al-Imran ayat ke-31
  2. Membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Funniest Baby Contest



Ni contest kedua ummi nak try bagi Haziq masuk...gambar ni snap masa haziq kecik-kecik dulu.

Ummi tak der lagi cloth diaper..masih lagi pakai DD. Kalau menang boleh la Haziq try pakai CD.

Tarikh penyertaan
20 Oktober - 13 November 2009 (12.00 tengahari)
Berumur : 1 bulan hingga 3 tahun
Kategori A : baby gurl
Kategori B : baby boy

Hadiah
-1 Cloth Diaper Lunatots bagi setiap kategori
- 1 helai baju baby bagi setiap kategori


Hadiah PiliHan unTuk Peserta Bertuah
- 1 Diaper Stacker

Nama : Haziq Haikal
Umur : 1 Tahun 9 Bulan

Syarat2 contest ni yang telah ummi ikut :

  • Meletak banner di sidebar blog
  • Membuat entri mengenai contest ini
  • Meng'upload' satu (1) gambar si comel anda dengan aksi Funny yang paling menarik hati para juri.
  • Menyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Menyatakan apa yang terdapat di semua blog sponsor umidanish.Berikut adalah sponsor2 hadiah untuk contest ni :
  1. EVERYTHINGS FOR MOMS & BABY-menjual pelbagai barangan untuk Ibu & Anak...antaranya adalah Cloth Diaper, Diaper Stacker, Tupperware, Set Herba Ibu Bersalin, Bio Aura Water Filter & Minuman Herba. Blog ni ditubuhkan pada April 2009....
  2. IT @ RLiiT'S BoutiQe & Beauty Centre-Menawarkan pakaian wanita & kanak2 yang terbaik unutk pemakaian selesa dan design dari butik dengan harga yang berpatutan
  3. Mom&BabyShop-Menawarkan barang2 seperti Untuk Breastfeeding, Prenatal/ Postpartum Care, Colic, Diapering and Baby Gear

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS