RSS

Petua 8P untuk suami isteri

Dah asam garam rumah tangga kekadang bertegang leher juga kita ni suami isteri. Bak kata P Ramlee...sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri (nyanyi sikit...)
Di sini saya tempekkan petua 8P untuk eratkan hubungan suami isteri dari Ustazah Siti Nor Bahiyah.

Puji
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

(Gambar dari google..bukan saya ye....)
Peluk

Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

Penghargaan
amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

Perhatian
P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan

Persefahaman
Suami isteri mesti ada persefahaman..

Pergaulan
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

Percutian
kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

Permohonan
Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri

  1. Membaca surah Al-Imran ayat ke-31
  2. Membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

tinta emas said...

Nampak mudah untuk berkahwin.. tetapi hakikatnya penuh dengan tanggungjawab.

Post a Comment