RSS

Mama dah kronik in ICU

Salam semua pengunjung,
Agak lama saya tak menulis di blog ni..Sibuk betul sejak krochetshop dilancarkan.
Saya baru pulang dari Kedah menziarah makcik di ICU. Coretan ini khas buat mama Zahariah(mak angkat saya yg saya sgt sayang)
Sekarang mama ada di ICU Hospital Taiping.

Pagi tadi adik mama col saya inform makcik dah tenat. Fungsi organ penting dia dah bercelaru. Doktor masih tak dapat detect mama sakit apa. Dari dulu lagi tak dapat detect. Dah 3 bulan makcik demam tak kebah.  Dari badan sasa dah jadi kurus,Hari Jumaat lalu makcik tak sedarkan diri di ICU dengan bantuan ventilator. Saya sangat sedih sebab tak dapat jumpa mama sejak kali terakhir berjumpa bulan 10 tempoh hari. Masa tu mama  mmg dah sakit.tapi dia masih mampu lagi layan kami,mampu lagi berdiri,ketawa macam biasa. Saya tak sangka saya tak lagi diberi peluang oleh Allah untuk bercakap lagi dengan dia.

Namun saya masih mengharap. Saya hanya mampu berdoa dari jauh mohon Allah sembuhkan dia. Kalau diikutkan hati saya nak sangat berada disamping mama. Bacakan surah Yasin untuk dia.
Saya menulis dengan harapan kawan-kawan blogger yang singgah dapat sedekah kan al fatihah dan doakan makcik cepat sembuh kalau itu yang terbaik untuk dia. Untuk pengetahuan semua, masa berubat cara tradisional mama dikatakan kena 'santau'. Sampai hati orang yang buat tu...mama bukan orang jahat, selalu tolong orang susah..cuma mungkin dia sedikit tegas.

Saya mohon semua yang baca post ni dapat  doakan mama sembuh. Mana tahu ada dikalangan kita yang doa nya lebih makbul dari yang lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS