RSS

Botak ke Tak nak?

Sepatutnya saya kena berkemas nak balik SP esok. Tapi memandangkan dua-dua anak tengah tido. Jadi saya gunakan kesempatan ni tulis post ni.

Husna dah umur sebulan lebih hari ni. 39 hari. Kami suami isteri masih lagi tak decide nak botakkan Husna atau tak? Kalau ikutkan kebiasaan keluarga sebelah suami. Diorang biarkan je rambut dalam perut tu. Kata mak mentua den 'Nanti rambut tu luruh sendiri'.

Tapi kebiasaan di sebelah utara sana (sebelah saya), mak saya akan suruh cukur je bagi botak. Tak elok katanya rambut dalam perut. Adus! confius...Mana nak ikut ni. Dulu masa Haziq, kami tak ragu-ragu nak botakkan haziq. 2 minggu umur dia dah kena botak kepala. Tahu kenapa? sebab dia lelaki. Masalahnya sekarang Husna ni perempuan. Dah tu pulak bila tengok perkembangan rambut haziq yang dah nak dekat dua tahun tu..jarang semacam je.Buat kami suami isteri pikir dua kali nak cukur rambut Husna. emh...

Husband ada beli 1 buku bertajuk "Indahnya Hidup Bersyariat" tulisan Ustaz Ismail Kamus. Dalam buku ni ada dicoretkan tentang Syariat Kelahiran.

Antara yang digariskan sebagai syariat kelahiran :

  • Memberi khabar gembira dan tahniah atas kelahiran bayi
  • Azan dan Iqamat
  • Tahnik (Belah mulut)
  • Memberikan nama yang baik
  • Akikah dan mencukur rambut
  • Berkhitan
Menurut buku ini, amalan mencukur rambut bayi mempunyai hikmah khusus dari segi kesihatan. Menurut Ibn al-Qayyim, amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan bayi tadi, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu.

Jadi nak cukur ke tak nak cukur?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Datang

Hari ni saya jemput ramai kawan-kawan lawat blog saya. BUkan apa, ada yang nak tanya perkembangan saya, ada yang nak tengok gambo baby. So saya letak la kat sini semua. Terima kasih yang sudi melawat. Sama gak la macam buat rumah terbuka. Tapi tak der jamuan. Nanti saya buat rumah terbuka.

Pantang tinggal 2 hari lagi...40 hari je den berpantang.
Lepas tu nak fly balik sungai petani...hari Jumaat.
Ada yang nak pesan apa-apa? Boleh la.Pesan ole-ole dari Kedah.
Mak mentua den pesan belacan & ikan pekasam.

Satu lagi. Jangan lupa kalau saper yang ada blog. Tinggal la alamat kat ruang komen ye. Kita tukar2.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Admit to ward lagi - Demam semasa berpantang

Selasa,6/10/2009 :
Hari 22 berpantang
Admit to ward lagi... Kali ni saya yang kena masuk wad. Bukan Husna. Saya demam dah 3 hari. Makan ubat kebah kejap. Pastu demam balik bila kesan ubat dah abis.
Dalam kepala ni bukan pikir sakit..terpikir sian nyer Haziq dan Husna nak kena tinggal. Tambah-tambah la Husna belum pun sebulan umur dia, dah kena berjauhan dengan ummi. Masa kat klinik saya tanya doktor.
"Takder masalahkan doktor kalau saya bawa baby masuk wad sekali?"
"Dia breastfeed, sian kat dia doktor".

Doktor berpandangan sesama sendiri, masing-masing berbincang. At last doktor kata boleh. Sebab demam saya( demam denggi) tak berjangkit kat baby melalui breastfeeding. Tapi kurang sesuai la baby tinggal kat hospital. So doktor suruh cari la formula milk bagi kat Husna. frust !!!! Tak per la, kali ni anak yang terpaksa berkorban untuk ibu. Saya mengalah dalam berat hati. Berat hati nak tinggal Husna pada mak. Berat hati nak beri dia FM.

"Ok, jom kita masuk drip" ..Doktor ajak cucuk tiub drip pada tangan. Dalam pada tu, saya dah rasa lain macam je badan ni. Panas semacam. 3 kali try doktor tak berjaya nak masukkan jarum drip tu sebab saya keraskan badan. Akibat sakit sangat saya sampai nak termuntah. Tapi nasib baik tak muntah kat situ. Nurse siap standby tong untuk muntah.Tak jadi la plak muntah. Lepas dah berjaya masuk drip..husband saya beri Husna pada untuk menyusu. Maklum la kejap lagi ummi dah kena ke wad naik ambulan. Husna plak kena balik dengan ayah. Dalam masa beberapa minit tu , suhu badan saya naik mendadak. Badan mula mengigil. Husna dalam pegangan dah nak jatuh. Dari jauh saya nampak nurse, saya terus gamit dia untuk tolong sambut Husna. Nasib baik sempat. Kalau tak dah naya anak ummi jatuh bawah. Memang dah tak berdaya time tu.

Lepas tu, abang ambil Husna dan bawa balik. Saya pulak terus dikejarkan ke hospital Jempol naik ambulans. Ni kali ke 2 rasanya naik ambulans. Lama juga saya dirawat dekat emergency di hospital. Rasanya dari pukul 2 sampai pukul 7. Hospital ni memang terkenal dengan kelembapan servis nya. Tak per la, janji saya selamat. Pukul 7 baru masuk wad, masa kat wad keadaan saya dah agak stabil so cepat-cepat capai telefon nak tanya khabar Husna. Abang dah beli susu anmum essential untuk beri pada Husna. Abang kata, Husna mahu minum tapi lepas minum masih merengek macam tak puas padahal dah banyak dia minum. Jadi abang ambil keputusan hantar Husna pada saya. Seronoknya dapat juga Husna tinggal dengan ummi. Walaupun sebenarnya ummi risau juga, takut terjangkit pulak demam ummi kat Husna.

Pindah wad

Disebabkan Husna nak join ummi kat hospital, so saya kena la pindah wad..tak boleh la dok kat wad general kat tingkat 3. Tukar la ke wad O&G kat tingkat 2. Wad ni memang untuk baby, ibu lepas bersalin dan kanak-kanak. Alang-alang dah tukar wad...uniform hospital pun kena la tukar jugak. Kat general ward, pakai baju hijau. Kat O&G ward kena la pakai baju warna pink.
Dalam pukul 9 lebih cam tu, abang dan mak datang hantar Husna. Ummi seronok tak terkata. Walaupun sakit, ummi tetap nak breastfeed Husna. Nak jaga Husna. Macam tu rupanya kasihnya ibu...

Kat wad
Rutin hariannya macam biasa la, masuk drip berbotol-botol, amik tekanan darah then kena amik darah 3 kali sehari. Itu nasib, kalau doktor nak lagi kena la amik darah. Sampai dah kebal pembuluh darah saya. Dah tak sakit dah masa ambil darah. Tapi drip, saya kalah. Masuk hari kedua tangan dah bengkak2. Sakit. Bukan bengkak sebab kembung air. Tapi sebab banyak bergerak. Jarum drip cucuk pada otot tangan, lama kelamaan otot bengkak. Macam mana tak gerak banyak..maklum la saya kan tinggal kat hospital dengan baby. Tahu je la baby, kejap nak angkat, kejap nak susu, kejap nak tukar pampers. Tambah pulak saya asyik ulang alik toilet je. Tak tahan nak sheeeee....

Bagusnya dok kat wad ni, makan terjaga then dapat banyak berehat. So saya cepat gak la sembuh dari luka bersalin dan demam. Lama gak dok kat wad ni. 5 hari. Hari Ahad baru boleh balik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Balik rumah sendiri..

Hari ke 13 berpantang.
Ramai yang tak setuju saya nak balik berpantang sendiri kat rumah. Boleh dikatakan hampir semua orang tak setuju termasuk la husband. Semua orang risau nanti saya tak terjaga. Tapi saya dah tekad. Saya nak balik juga. Saya tak dapat nak terus berpantang kat rumah mak mentua. Bukan salah orang tua, tapi saya ni telinga cepat panas, hati cepat terguris. Tambah pulak dalam keadaaan sakit macam ni. Then satu lagi, kalau kat rumah mak mentua, rasa macam husband kurang beri perhatian. Sedangkan hati nak sangat bermanja.

Alasan saya bagi pada mak..nak balik sebab nak try kalau-kalau kuning Husna akan turun sebab rumah mak, keseluruhannya kuning. Rumah saya tak kuning. Jadi mak pun senyap. Mengiyakan kot dalam hati.

Menjejakkan kaki ke rumah buat hati saya lega. Mungkin sesetengah orang pikir saya nak lari dari berpantang. Maklum la kalau kat rumah orang tua, setiap gerak geri kita di perhatikan. Jadi tak dapat la nak langgar pantang. Bila kat rumah sendiri..Siapa yang nak melarang.
Betul, betul .... saya tak terlintas nak melanggar pantang dan seboleh-bolehnya akan meneruskan pantang dengan berdisiplin. Tapi satu je la, bila kat rumah sendiri..dan tak der maid..keje rumah kena la buat sendiri.

Hari ke 15 berpantang.
Alhamdulillah 2 hari lepas balik, kuning husna dah tinggal 180 umol/L. Nurse kata dah tak perlu check kuning Husna lagi. Lega.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beraya dalam pantang..

Hari ke 7 berpantang
Tahun ni turn beraya kat kampung husband saya. Kebetulan saya dalam pantang so memang tak balik Kedah la tahun ni beraya. Memandangkan pagi raya dah dihabiskan kat wad so tak dapat la bersalam-salaman di pagi raya. Kalau ikutkan ni first time beraya kat kampung husband sebab tahun ni baru tahun kedua kami kahwin. Husband saya decide nak balik beraya kat kampung arwah nenek di Kuala Krau, Temerloh. Nun jauh dekat dengan Jengka 25. Kampung nenek depan sikit lagi..nama kampung ni Rumpun Makmur. Dulu masa first time menjejakkan kaki kat sini saya tak sangka jauh betul tempat ni. Tapi bila dah banyak kali dah terbiasa pulak. Malah saya pernah bermastautin sekejap kat sini masa husband habis belajar DPLI dulu.

Eh, melencong pulak...citer pasal raya. Sampai kat kampung dah petang. Semua orang dah landing kepenatan beraya agaknya. Saya pun tumpang landing jugak sebab dah letih. Luka pun terasa perit. Punggung lenguh.

Raya tahun ni tak dapat la saya makan makanan raya & biskut raya. Tapi nasib baik saya boleh makan ayam dan daging. Kat kampung, makcik saya masak sup daging + ekor + tulang...sedapnya. Apa lagi asyik ulang makan sup je la dengan ketupat nasi. Ini satu lagi nasib baik. Orang sebelah pantai timur dan orang negeri sembilan makan ketupat nasi. Tapi kalau di Kedah, tak merasa la saya makan ketupat sebab kat sana kami makan ketupat daun palas yang dibuat dari pulut. Pulut tak bleh makan masa berpantang.

Bila tengok saya asyik mengangkut sup je. Mak mentua 'sound'. Jangan makan banyak dagingnya. Nanti anak panas. Berak-berak. Terus terbantut selera. Saya ni pantang kena tegur. Merajuk.

3 hari beraya kat sini. Ramai sanak saudara sebelah mak mentua balik ke kampung. Anak-anak pun dapat banyak duit raya. Bagus juga tak payah saya penat-penat pegi jalan sana-sini. Orang yang datang melawat saya bila tahu saya baru lepas bersalin sebab nak tengok Husna.

Sepanjang 3 hari, ni Husna masih lagi dirawat dengan mandi-mandian. Antaranya air daun belimbing, herba sengsih, herba cina, daun inai dan macam-macam mandian lagi untuk kurangkan jaundis dia.

Lepas 3 hari kami pun balik, kali ni saya dah tak balik rumah mak mentua lagi. Dah plan awal-awal nak balik berpantang kat rumah sendiri. Ramai yang tak setuju. Tapi saya berkeras sebab dah tak tahan.

Petang raya ketiga tu masa sampai kat Serting, husband bawa ke rumah mak kejap lepas tu terus balik ke rumah saya. Leganya rasa bila dah menjejak kaki ke rumah. Tak der la macam pelarian lagi. Angkut sana, angkut sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Husna Jaundis - Admit to HJem

Bacaan jaundis Husna :

  • 17hb : 239.9 umol/L
  • 18hb : 275.5 umol/L
  • 19hb : 308.3 umol/L
  • 20hb : 249.6 umol/L
  • 21hb : 217.5 umol/L
17 hb tu doktor kata kuning dah tinggi tapi tak per, boleh lagi dok kat rumah. Tapi mak dgn abah dah mengelabah cari susu kambing. Saya ni lemah sikit bila dengar Husna nak diberi susu kambing. Tapi saya mengalah kalau dah tak der jalan lain.Saya tahu saya kena bf Husna banyak-banyak. So saya pun buat la apa yang patut. Tapi Husna ni jenisnya kalau tido. Macam pengsan. Jangan harap nak kejut dia. Tapi 2 jam sekali dia mesti bangun. Time tu saya akan bagi susu sebanyak yang boleh untuk kurangkan kuning dia.

Tapi esoknya kuning dia tetap naik. Dan doktor arahkan untuk pergi ke hospital. Bila kat hospital. Terus kena admit lepas keputusan ujian keluar. So masuk spital lagi den. Husna kena baring bawah lampu. Den plak berehat-rehat la menunggu dia bangun menyusu. Cabarannya sementara dia kat bawah lampu, baby akan berak-berak dan kencing sekerap 5 minit sekali untuk keluarkan kuning dia. Berlumba-lumba baby-baby kuning kat wad berak-berak. Habis semua pampers. Malam pertama, Husna baring bawah satu lampu je. Esok paginya lepas ujian darah, nampaknya kuning dia naik lagi sampai 308. Jadi hari kedua kat wad kena baring bawah 2 lampu. Tambah power.

Sementara tu, abang buat air sengkuang cina + anggur hijau untuk saya minum. Setle.
Susu kambing pun ada bagi pada Husna. Then ambil ubat dari klinik Thong, Bahau beri pada Husna. Ubat klinik ni memang terkenal untuk turunkan kuning baby. Tapi nampaknya kat Husna ni tak berkesan sangat pun. Masa bagi ubat ni berkerut-kerut muka Husna. Saya pun try la rasa. Pergh, Pahit berdengung. Kalau tak pahit, bukan ubat la namanya...ayat biasala tu...walaupun bnyak je ubat yang manis.

Phototerapy diteruskan. Sampai la 20hb..nampaknya dah ada keberkesanan. Tak tahu la ubat mana yang berkesan atau phototerapi yang menurunkan kuning Husna. Apa-apa pun esok nak raya. Hua...hua saya masih kat wad. Hari ni, ada 6 orang dalam wad... 4 dah dibenarkan balik. Tinggal lagi 2 je...salah sorangnya saya la.
Malam raya saya ber'sms' dengan adha. Saje je menyakat dia..cakap tak raya esok. Tengah boring. Tahun ni la paling syahdu sekali...tak dapat dengar takbir raya walau sekali pun. Malam ni, tercari-cari juga headphone nak pasang radio kat handphone. Dah tak tahu pulak mana letak. so dengar je la lagu-lagu yang ada dalam phone sampai tertido.

21hb...Selamat Hari Raya, kak...beraya la kita dua orang dalam wad. Nak buat macam mana anak sakit. Itu la kata-kata aku pada akak yang tinggal dengan aku kat wad masa pagi hari raya tu. Dalam hati berharap kuning Husna turun, dapat la balik raya dengan abang dan Haziq. Pukul 5 pagi tadi nurse dah ambil darah Husna.

Bila la keputusan nak keluar ni? Dah pukul 12 tengah hari. Abang dan Haziq pun dah datang pakai baju raya sedondon. Handsomenya dua orang hero den nih. Ummi pakai baju spital je. Husna lagi la...pakai pampers je. Tak boleh pakai baju dok bawah lampu tu.
Akhirnya...keputusannya dah keluar. Husna& ummi dah boleh balik. Tinggal la akak yang sorang lagi tu tak dapat balik. Kesian kat dia, beraya kat spital...sorang2 pulak tu. Kat wad ni dah tak der orang tinggal. Nurse je ada.

Hari ni baru hari ke-7 saya bersalin...Tapi saya travel jauh balik beraya kat kampung nenek abang kat Kuala Krau, Temerloh. Naik lenguh buntut sebab duduk sebelah je. Dok menahan tempat luka jahit kat bawah tu. Sampai tu, aduh sakit badan tak terkata. Terus baring.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berpantang


15 Sept 2009, Selasa

Saya dah dibenarkan balik. Walaupun sebenarnya saya tak nak balik lagi dari hospital sebab nak berehat lama sikit. Semalam lepas bersalin, masa kat wad keadaan saya sangat teruk. Tak mampu nak bangun pun. Sian kat baby menangis sorang-sorang. Ummi teruk sangat sampai la ayah datang tolong ummi bangun uruskan diri. Sampai dalam bilik air pun ayah kena bawa ummi. Terima kasih abang! Ma tak tahu pada siapa lagi ma nak bergantung harap.

Jauh juga terasa perjalanan dari HTAN(Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah) ke rumah mak mentuaku kat Bdr Seri Jempol aka Serting. Maklumla tengah sakit. Tambah pulak panas terik. Kena pakai stokin dan baju tebal. Adat la berpantang kan.

Hari berlalu macam biasa...
Berpantang makan - semua tak boleh makan kecuali : nasi panas-panas, ikan bilis, ikan selar kuning, ikan tenggiri, daging dan ayam. Nasib baik aku boleh gak makan daging dan ayam. Huhuuu..Kalau orang lain pantang ada yang tak leh makan daging dan ayam kan...Mak den bagi makan. So mak mentua den pun bagi la. Kalau ikut mak mentua den dia tak makan tu.
Resepinya macam biasa la... sup masuk halia, + lada hitam( bahan wajib). Pendek kata, makan dalam pantang ni tak der la sedap. Nak jaga badan.

Berpantang fizikal - jalan kena la kepit2 ala2 anak dara masa orang datang meminang.
Tak leh bertinggung. Time duduk kena bersimpuh rapat kaki. Tak leh jalan laju-laju. Kena pakai stokin. Malam; time tido mesti selimut. Kena pakai bengkung(katanya 44 hari-pergh (bertuah la kalau saya buat)) Paling azab time nak ke toilet... rumah mak mentua den ni tandas cangkung...so puas den memikir cam mano la nak melepaskan hajat ni. Lama juga dok dalam bilik air. Akhirnya baru ku tahu macam mana nak duduk..hihiii

Berurut- Part ni yang paling best masa pantang. 3 hari berturut-turut makcik urut tu datang berurut. Best memang best. Segar badan lepas urut. Muka pun berseri-seri.

Satu lagi dalam pantang ni, nurse datang melawat baby & ibu setiap hari sampai hari ke 10. So everyday nurse akan check tekanan darah, rahim dan macam2 lagi la. Pas tu nurse akan check jaundis pada baby.

2 hari balik rumah, Husna dah kena pegi klinik untuk check kuning. Kuning di kalangan baby baru lahir tu biasa la. Cumanya kalau kuningnya terlalu tinggi akan menyebabkan kerosakan otak, pekak dan terencat akal. Takutkan. Mintak simpang la jauh-jauh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS