RSS
Showing posts with label bersalin normal. Show all posts
Showing posts with label bersalin normal. Show all posts

Day 2 - Normal atau C-Sect?

Hari ke 2 (14hb September 2009)

Hari ni saya menjalani rutin tinggal kat hospital macam biasa. Ambil tekanan darah, ambil suhu, pakai toko ( ala benda yang letak kat perut untuk check jantung baby tu). ooooooooo, makan dan lain-lain. Orang dalam wad dah bertambah...yang dah setle dah boleh keluar... saya sekadar memerhati..."Agaknya dah berapa cm la aku ni?"

Pukul 10 pagi ada sorang doktor India datang dan suruh saya duduk dalam satu bilik khas untuk tengok jantun baby. So saya kena lilit lagi..Lemas Rimas...tp apa nak buat, bila mengenangkan keselamatan baby. Saya akur.

Lepas 2 jam.
Eh..mana doktor dan nurse ni? dah lupa ke kat saya dalam bilik ni? (bilik tu agak tersorok). Ni tak bleh jadi ni, saya gagahkan diri selak-selak kain tirai penutup bilik untuk menarik perhatian nurse yang lalu-lalang. Yes! berjaya, malah nampak husband pun dah datang. syoknya. Tapi yang tak seronoknya, nurse dan doktor kata 'baby in tense'. Saya pun tak faham, doktor cepat-cepat masukkan drip then saya di tolak ke labour room. Wah takutnya....teringat balik masa bersalin sulung dulu. Masa disorong ke labour room 4cm pukul 2 petang sampai pukul 12 malam cuma buka 7 cm je. At last kena c-sect....sakitnya dalam 10 jam tu ...uhh tak tahu la nak cakap.

Di labour room...pukul 12 tengah hari
"Bye abang...doakan ma selamat".. itu kata-kata aku pada husband sebelum husband kena tinggal kat luar.
Dalam labour room suasana riuh rendah dengan orang yang sedang bersalin, nurse-nurse pelatih dan doktor-doktor yang memberi kata-kata semangat pada ibu yang sedang berjuang. Hai...kejap lagi sampai la masa saya pulak. Kecut perut dengar orang meneran. Maklum la tak pernah bersalin normal lagi.
Doktor pecahkan air ketuban...zurzzzzzzzz...bedebuzzzz keluar semua air bila kena cucuk dengan plastik tu...

Pukul 1 tengah hari ....
" Awak tak sakit ke?" tanya doktor..."Sakit" jawab saya...
" Hai, boleh senyum je, belum sakit sangat ni, nanti kalau dah sakit sangat awak bagi tahu ye"...
"Ok" ...
Ibu-ibu lain bersilih ganti...tangisan baby pun macam-macam jenis.

Pukul 2 tengah hari
Keadaan saya masih sama...tak sakit sangat. Doktor ambil keputusan untuk masukkan ubat untuk cepatkan sakit bersalin memandangkan keadaan baby yang tak berapa bagus. Selang 5 minit...aduh...macam nak pecah pinggang...sakit yang betul2 dah datang.
Bukaan??? 3 cm....Baru 3 cm??? Frustnya saya.
Doktor menawarkan bantuan pada saya... Bantuan????
Disebabkan bukaan pintu rahim lambat sangat, doktor tolong buka kan pintu rahim tu manually. Masyaallah sakitnya tak tahu la nak digambarkan. doktor guna jari je untuk robekkan pintu rahim sampai 9 cm. Rasanya 3 orang doktor bergilir-gilir buat.

Pukul 4 petang
Akhirnya rasa nak meneran pun datang. Masing-masing mengambil posisi masing-masing untuk menyambut baby. Terdetik rasa lega sebab baby dah nak keluar. Saya dah tak tahan dah menanggung sakit. Kudrat pun tinggal sedikit je. Suami saya dipanggil masuk. Tapi saya dah tak berdaya waktu tu. Tak berdaya nak menyapa cuma menumpukan perhatian pada baby yang dah nak keluar. Entah la berapa kali teran, saya pun tak tahu baby tak juga boleh keluar. Siap ambil nafas sampai 3 kali pun tak dapat juga nak mengeluarkan baby. Eh! besar ke baby aku ni? Kudrat dah tak der. Doktor akhirnya ambil keputusan untuk vacum baby. Husband membantah. Saya tahu kenapa dia membantah. Tapi doktor dah tak der jalan lain. Saya tak terkata apa. Dah tak larat. Akhirnya doktor masukkan vacum dan menunggu aku contraction. Akhirnya masanya tiba, aku dengan kudrat yang tinggal sedikit sedaya upaya meneran dan akhirnya baby berjaya keluar dengan sedikit bantuan vacum.

4.34 petang masa kelahirannya. 2.3 kg je beratnya. Ingatkan besar. Tapi pengalaman bersalin normal buat saya serik untuk bersalin lagi. Cukup la sepasang.

Saya dah merasa kedua-duanya C-sect untuk kelahiran pertama dan normal+vacum untuk kelahiran kedua. Anda bagaimana nak kongsi pengalaman bersalin dengan saya? Saya sangat sudi membacanya. Tulis la di ruang komen saya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Day 1 - Normal atau C-Sect ?

Soalan ni adalah soalan biasa yang keluar dari mulut saya atau geng-geng seangkatan semasa menunggu nak bersalin baby kedua masa 13hb September hari tu. Saya dah merasa macam mana bersalin c-sect...dan jawapannya saya masih mengharap untuk c-sect untuk kali kedua ni. Kenapa? ramai yang tak setuju dan ramai yang lebih minat bersalin normal. Alasannya macam-macam. Tapi bagi saya, saya prefer c-sect sebab tak tahan sakit bersalin normal aka contraction. Saya ni jenis nyer kalau nak bersalin masyaallah lamanya Tuhan je yang tahu...so sakitnya memang la sakit..tapi di sebabkan terlalu lama saya tak tertanggung sakitnya.

Nak dijadikan cerita, subuh 13hb tu saya dah mula sakit(contraction) sebenarnya..tapi control 'macho' sebab nak juga berpuasa. Sayang beb puasa nanti lepas raya banyak plak kena ganti. Last-last sampai pukul 1 tengah hari dah tak mampu nak sorok muka yang berkerut-kerut sakit bila contraction datang. Saya set time contraction datang average 5 minit sekali. Memang sah dah nak bersalin tapi berdasarkan pengalaman bersalin baby pertama, saya tahu saya lambat lagi nak melahirkan tapi atas desakan mak mentua(4 orang) dan kakak ipar(3 orang) yang lebih banyak bersalin dari saya jadi saya mengalah untuk pergi ke hospital. Sebelum tu, saya buka puasa dulu sebab ada doktor kata nanti tak larat nak meneran. so rugi la 1 hari puasa. tak per la, dah doktor suruh.

Dalam perjalanan ke hospital, saya dan husband sempat singgah kat rumah ambil barang, mandi then gi jalan-jalan kat pekan Kuala Pilah. Saya punya idea la tu, alasannya saya mmg lambat lagi nak melahirkan.( Kalau la mak abang tahu, habis aku ni...)Lepas hubby buka puasa baru la kami gerak untuk ke hospital...sampai kat hospital saya ajak husband solat maghrib dulu. Lepas tu baru la kami sibuk cari dewan bersalin.

Kat dewan bersalin...

Lepas daftar dan check yang ringan-ringan...doktor pun check bukaan baru 1 cm..kan betul aku kata..mmg lambat betul. Sakit dari subuh tadi...baru 1 cm tu je aku boleh cakap pada husband..aku mmg dah agak dah.
Pukul 9 malam aku masuk ke wad dan husband pun balik sebab esok dia nak pergi kerja katanya. Aku merelakan, tunggu pun nak buat apa.bukan boleh masuk dok dalam wad pun.

Dalam wad...
Ada 5 orang termasuk saya.
2 dah bersalin..normal
1 dah terover due..tak sakit langsung
1 tgh tertungging2 sakit
1 lagi sakit tapi rilek je...saper lagi...saya la...

Malam ni kami borak-borak(except yang tgh tertungging2 tu)...sampai la kul 3 pagi semua buat hal masing-masing. Akak yang sakit sangat tu pukul 1 pagi masuk labour room. Kul 3 pagi dia dah balik dengan babynyer ke wad semula...Saya macam mana??? Masih rileks menahan sakit.

Sambung esok...malam ni saya tido dalam kesakitan yang datang 5 minit sekali...bila sakit bangun..dah tak sakit tido balik sampai la ke pagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS