RSS

Crochets & Needlecraft Shop Launch

Crochets & Needlecraft Online  Shop saya dah launch. Jom la singgah tengok Bootees dan Hat yang comel untuk baby.
Buat masa ni saya cuma jual Bootees dan Hat dulu. Krocet sweater akan diberitahu kemudian.
Jom singgah di http://krochetshop.blogspot.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dah bukan rezeki

Lamanya tak buat pos..hari ni ada masa sikit terluang lepas siapkan keje rumah dan anak-anak dan ayahnya tido.

Dah bukan rezeki saya. Masa sibuk mengemas saya terjumpa borang jawatan kosong Guru Sandaran Terlatih SABK. Hari tu masa husband bawa balik borang tu saya tengah sarat mengandung.Memang tak berminat langsung nak pergi bekerja lagipun baru je berenti keje GSTT kat SMK Palong Sebelas. Tapi hari ni bila tengok borang tu menyesal tak sudah. Kenapa la aku tak isi? Kenapa la baru hari ni aku baru jumpa borang tu? Kenapa la tak jumpa borang tu sebelum 11 September(tarikh tutup iklan). Orang berebut-rebut mohon jawatan tu. Saya buat don't no je. Maklum la tengah sarat sangat waktu tu.
Kena tunggu iklan keluar lagi..hujung tahun 2010 baru la ada. Itu pun nasib la kalau ada kekosongan lagi kat SABK. Nak sedapkan hati...berbisik sendiri 'Dah bukan rezeki aku', "tentu ada hikmahnya". Tapi rasa macam nak apply gak. Huhu...

Kenapa ramai nak mohon Jawatan SABK ni? Ni antara sebabnya :

  1. Gaji mengancam tapi opis hournya half day je. Tapi ingat,keje cikgu tak pernah abis.
  • 1T3 : RM1720.90 bagi Ijazah SArjana Muda Am
  • P1T5 : RM1901.80 bagi Ijazah SArjana Muda Kepujian
  • Elaun Khidmat Awam - RM300.00
  • Bantuan Sara Hidup (COLA) - Mengikut Kelayakan@Tempat - Saya dapat RM 100
  • ITP (Imbuhan Tetap Perumahan) - Hanya akan di bayar setelah selesai Induksi & BTN@dapat surat lanitkan
  1. Akan diserap ke jawatan tetap setelah tamat latihan (kerja kerajaan tu...).
  2. Kena ke Maktab hanya pada musim cuti sekolah. Bukan macam KPLI dan DPLI kena dok kat sana fulltime (my husband lepasan DPLI).
  3. Hari biasa, mengajar di sekolah macam guru-guru biasa. Mean U ada keje la nak buat. Then hujung bulan dapat gaji macam cikgu-cikgu lain.
  4. Apa lagi ek...yang tersenarai kat atas ni pun dah bertuah kalau dapat...Alhamdulillah.
Nak dikatakan bukan rezeki saya lagi..Saya pernah 2 kali dipanggil interview DPLI. Sekali dah dipanggil masuk UPSI intake ke 2 Januari 2008. Tapi waktu tu sarat mengandung Haziq. 4 hari lepas hari pendaftaran saya bersalin. Puas merayu. Permohonan saya di tolak untuk tangguh pengajian. Kali kedua,isi lagi DPLI. Tapi terlepas exam. Kali ke -3, tahun 2009 nak isi DPLI...dah ter'pregnant' lagi. Jadi 3 kali terlepas. Masuk yang ni..dah kali ke 4 la melepas peluang nak jadi cikgu.

Tapi saya dah diberi kesempatan oleh Allah untuk merasa pengalaman jadi cikgu GSTT selama 6 bulan kat SMKPSe. Berenti sebab nak bersalin. Ni beberapa gambar kenangan masa kat SMKPse. Layan.....





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua 8P untuk suami isteri

Dah asam garam rumah tangga kekadang bertegang leher juga kita ni suami isteri. Bak kata P Ramlee...sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri (nyanyi sikit...)
Di sini saya tempekkan petua 8P untuk eratkan hubungan suami isteri dari Ustazah Siti Nor Bahiyah.

Puji
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

(Gambar dari google..bukan saya ye....)
Peluk

Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

Penghargaan
amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

Perhatian
P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan

Persefahaman
Suami isteri mesti ada persefahaman..

Pergaulan
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

Percutian
kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

Permohonan
Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri

  1. Membaca surah Al-Imran ayat ke-31
  2. Membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Funniest Baby Contest



Ni contest kedua ummi nak try bagi Haziq masuk...gambar ni snap masa haziq kecik-kecik dulu.

Ummi tak der lagi cloth diaper..masih lagi pakai DD. Kalau menang boleh la Haziq try pakai CD.

Tarikh penyertaan
20 Oktober - 13 November 2009 (12.00 tengahari)
Berumur : 1 bulan hingga 3 tahun
Kategori A : baby gurl
Kategori B : baby boy

Hadiah
-1 Cloth Diaper Lunatots bagi setiap kategori
- 1 helai baju baby bagi setiap kategori


Hadiah PiliHan unTuk Peserta Bertuah
- 1 Diaper Stacker

Nama : Haziq Haikal
Umur : 1 Tahun 9 Bulan

Syarat2 contest ni yang telah ummi ikut :

  • Meletak banner di sidebar blog
  • Membuat entri mengenai contest ini
  • Meng'upload' satu (1) gambar si comel anda dengan aksi Funny yang paling menarik hati para juri.
  • Menyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Menyatakan apa yang terdapat di semua blog sponsor umidanish.Berikut adalah sponsor2 hadiah untuk contest ni :
  1. EVERYTHINGS FOR MOMS & BABY-menjual pelbagai barangan untuk Ibu & Anak...antaranya adalah Cloth Diaper, Diaper Stacker, Tupperware, Set Herba Ibu Bersalin, Bio Aura Water Filter & Minuman Herba. Blog ni ditubuhkan pada April 2009....
  2. IT @ RLiiT'S BoutiQe & Beauty Centre-Menawarkan pakaian wanita & kanak2 yang terbaik unutk pemakaian selesa dan design dari butik dengan harga yang berpatutan
  3. Mom&BabyShop-Menawarkan barang2 seperti Untuk Breastfeeding, Prenatal/ Postpartum Care, Colic, Diapering and Baby Gear

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Online Contest - Senyuman Ceria Si Comel : Haziq


Haziq nak try masuk contest : Senyuman ceria Si Comel. Untung rezeki Haziq boleh bergambar sakan nanti. Ni gambar yang ummi pertaruhkan. Kita try tengok.

Nama Si Comel : Haziq Haikal
Umur : 1 tahun 9 Bulan

Masa snap gambar ni, Haziq tengah main dalam tilam dia.Guling-guling dalam tu...lepas tu tinggal, ummi jugak nak kena kemas. Dia suka sangat 'mengemas'. Letih ummi.

Ummi dah ikut semua cara penyertaan rasanya. Jom check.

  1. Dh jd Follower SMILEYKIDZ & dh add SMILEYKIDZ dlm bloglist.
  2. Dh letak banner contest disidebar blog dgn link ke entri ini.
  3. Dh wat n3 Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini.
  4. Dh upload 1 gmbr si comel dlm n3 dgn senyuman paling ceria/happy/sweet.
  5. Dh nyatakn nama si comel dan umurnya.
  6. Dh mention dan link ke SMILEYKIDZ.
  7. Dh TINGGALKAN komen & LINK n3 dlm ruang komen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tak abih pantang dah jalan jauh...

Lama jugak tak tulis post baru kat blog...dah dekat seminggu ...sekejap je rasa.
Jumaat lepas saya balik Sungai Petani kejap sebab ada urusan sikit. Lagipun dah lama tak balik sana. Sambil-sambil tu boleh la round-round rumah sedara mara. Abang amik cuti hari Jumaat then hari Isnin cuti pertabalan Yang Dipertuan negeri sembilan. So total cuti 4 hari. Lama gak la.
Petang Khamis kami berangkat tidur kat rumah kakak ipar saya kat Sepang sebab esok paginya kami nak terbang awal ke Penang. Flight pukul 825 pagi.

Jumaat : 23 OKT 2009
Haziq bangun awal pukul 5 dah bangun...maybe berubah tempat kot. Dia tak nyenyak tido.
Husna pun sama. Yang mengantuk ummi dia la.Malam dah tido lambat, pagi-pagi buta diorang dah bangun.

Terus je bersiap untuk pegi LCCT. Dalam pukul 730pagi kami gerak la ke LCCT. Tak sangka bila sampai sana,tgk kaunter pegi Penang takder pun. Saya dengan confidentnya cakap kat husband.. Belum buka kot kaunternya sebab baru pukul 8 waktu tu.Alih-alih bila husband pegi tanya kat kaunter rupa-rupanya dah closed. Pergh apa lagi ..belari-lari la kami masuk dalam tempat menunggu tu. Adus...Saya ni dah la lum abih pantang waktu tu...baru 40 hari. Perit jugak la rasa.
Gara-gara takut kenal tinggal flight. Huhu

Dalam flight, Husna muntah. Maybe pening kot. Ummi pun pening gak sikit.
Haziq plak gayat nak tengok luar tingkap. Dia ambil botol susu, then buat hal dia sendiri.
Ayah plak sibuk ambil gambo.


Pukul 915 dah sampai kat Penang Airport. Cepatnya. Kalau naik keter siap la 9 jam dari rumah.(termasuk singgah2). Husband setlekan semua keje kat Bertam then lepas tu terus balik rumah mak kat SP.

Hari Sabtu,pagi kami tak ke mana-mana coz ramai sedara mara sebelah mak nak datang tengok Husna. Petang tu kami ke Jeniang menziarah adik abah yag kecik sekali. Husband memang kamceng dengan pakcik ni.

Hari Ahad
Abang pegi cari ikan pekasam untuk bawa balik kat mak mentua den. Pastu petang tu pegi rumah abah, mak ngah(kak abah) dan paktam. Kul 11 malam baru balik rumah mak.

Isnin pagi, dalam kul 10 kami pun berangkat la balik ke Serting. Dalam perjalanan sempat lagi kami pegi naik feri untuk ke Penang beli asam sebagai buah tangan. Lagipun nak bawa Haziq naik feri. Pegi ke Penang naik feri, balik tu naik jambatan Pulau Pinang. Husna tido je sepanjang perjalanan.

Dalam perjalanan singgah kat R&R Tapah makan tengah hari.Pastu berenti kejap kat Restoren Jejantas Sungai Buloh beli KFC kat Haziq coz dia tak makan tadi masa kat Tapah. Perjalanan diteruskan sampai la ke rumah. Kami sampai lebih kurang pukul 8 malam. Kalau tak, mesti sampai lambat lagi, ini cepat sebab dah tak lalu Bukit Putus.Highway baru dah siap, direct terus ke Ulu Bendul.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Botak ke Tak nak?

Sepatutnya saya kena berkemas nak balik SP esok. Tapi memandangkan dua-dua anak tengah tido. Jadi saya gunakan kesempatan ni tulis post ni.

Husna dah umur sebulan lebih hari ni. 39 hari. Kami suami isteri masih lagi tak decide nak botakkan Husna atau tak? Kalau ikutkan kebiasaan keluarga sebelah suami. Diorang biarkan je rambut dalam perut tu. Kata mak mentua den 'Nanti rambut tu luruh sendiri'.

Tapi kebiasaan di sebelah utara sana (sebelah saya), mak saya akan suruh cukur je bagi botak. Tak elok katanya rambut dalam perut. Adus! confius...Mana nak ikut ni. Dulu masa Haziq, kami tak ragu-ragu nak botakkan haziq. 2 minggu umur dia dah kena botak kepala. Tahu kenapa? sebab dia lelaki. Masalahnya sekarang Husna ni perempuan. Dah tu pulak bila tengok perkembangan rambut haziq yang dah nak dekat dua tahun tu..jarang semacam je.Buat kami suami isteri pikir dua kali nak cukur rambut Husna. emh...

Husband ada beli 1 buku bertajuk "Indahnya Hidup Bersyariat" tulisan Ustaz Ismail Kamus. Dalam buku ni ada dicoretkan tentang Syariat Kelahiran.

Antara yang digariskan sebagai syariat kelahiran :

  • Memberi khabar gembira dan tahniah atas kelahiran bayi
  • Azan dan Iqamat
  • Tahnik (Belah mulut)
  • Memberikan nama yang baik
  • Akikah dan mencukur rambut
  • Berkhitan
Menurut buku ini, amalan mencukur rambut bayi mempunyai hikmah khusus dari segi kesihatan. Menurut Ibn al-Qayyim, amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan bayi tadi, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu.

Jadi nak cukur ke tak nak cukur?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS